hai.....
nama saya fazilah azlan..
ini blog saya...
panggil saya zila....nama komersial, zila villosa...
saya mempunyai lebih kurang 13
setelah menggunakan produk ini, wajah saya terus kehilangan
cuba lihat gambar banner di laman web ini....ianya menggambarkan kebahagiaan keluarga mereka setelah berjaya menghilangkan tahi lalat mereka agaknya...ternyata ex tahi lalat mereka itu diturunkan dari nenek moyang mereka...wah sounds great, bukan?
perhatikan ayat "Adakah anda merasa hodoh oleh kerana tahi lalat yang tidak mahu pada muka anda? ...ye bayangkan puan2 dan tuan2, bagaimana
ah lantakk...ye bayangkan ayat itu, sampaikan tahi lalat itu sebenarnye tidak mahu dan tidak ikhlas untuk berada di permukaan wajah anda...jadi gunalah produk dari web ini untuk menghapuskannya,...
hahaha..owh tidak benar...saya hanya bergurau sahaja.....jika anda mengenali saya dengan lebih mendalam, saya sememangnya suka bergurau hinggakan ex r0omate saya dahulu akan mengejut saya di tengah malam untuk mendengar gurauan saya.."zila2, bangun, hari ni x dengar gurauan mu lagi"...begitulah ceritanye...
kikiki....sebenarnye, saya ingin berongsi tentang cara untuk membuang taik lalat kamu yang akan juga cuba di praktikkan oleh saya...kali ini saya tidak bergurau...terimalah~~~
....petua menghilangkan taik lalat!!!!!! (diiringi muzik orchestra)
Pilihan 1: Ambil 2 ubi lengkuas sebesar ibu jari,
tumbuk hingga halus. Tambahkan satu sudu makan cuka. Sapukan pada tahi
lalat dan ulang beberapa kali.
Pilihan 2: Ambil sedikit nanas dan kisar bersama limau
purut. Sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3
kali sehari sehingga tahi lalat itu tertanggal.
Pilihan 3: Campurkan sedikit serbuk sabun cuci pakaian
bersama sedikit kapur sirih. Sebatikan dan sapu pada tahi lalat yang
hendak dihilangkan. Ulang dalam masa seminggu, Ia akan tanggal.
Pilihan 4: Ambil getah daun kemboja dan letakkan di
seluruh tahi lalat yang tidak diingini itu. Kemudian, tampalkan kapas di
atas permukaan tahi lalat yang telah disapu getah kemboja tadi. Lakukan
sehingga tahi lalat itu kering dan mengelupas. Sedikit demi sedikit
tahi lalat akan nipis dan hilang.
ye.....copy paste sahaja....senang keje aku....wakaka...tapi cara yang paling berkesan adalah dengan rawatan laser...yeah believe me, itu paling berkesan coz my sis dah pernah cuba coz dia dah cuba...rm150 untuk 3 sesi dan pantangnya, jangan makan kicap dalam tempoh rawatan...selepas beberapa hari yang tidaklah lama, taik lalat anda itu akan tertanggal sendiri dengan relanya dan anda akan merasa terharu sehinggakan penanggalan taik lalat itu seperti dalam slow motion yang membuat anda menangis 17 keturunan...
tapi paling senang, gunalah adobe photoshop atau picasa. hanya selama 1 minit dan pantangnye, janganlah anda memandang cermin untuk selama2nye....
hasilanye,.....
tadaaa........taik lalat anda tiada....
anda juga boleh memilih untuk hanya meninggalkan taik lalat yang anda mahu dan menanggalkan taik lalat anda yang anda tidak mahu....
seperti ini, saya hanya meninggalkan taik lalat yang paling saya sayang....untuk kelihatan seperti neelofa....
hahahaha...pandai saya bergurau lagi...
walau bagaimanapun, seharusnya kita perlu tahu, ada hikmahnya kita di anugerahkan wajah yang
saya juga mengingati tentang cigu add math saya yang tidak akan menulis nama saya di papan hitam untuk menyuruh saya menyelesaikan soalan add mathnye itu, sebaliknya, beliau akan menulis, "taik lalat"..yee..jelas sekali beliau pandai bergurau seperti saya..
huhu..saya masih tidak membuang taik lalat saya ini...saya ada menanyakan pendapat cinta hati saya tentang niat saya itu dan beliau menegaskan yang wajah saya akan kelihatan kosong....kosong...hooo kosong... tanpa benda yang di ujarkannya sebagai "mahal"...adakah hantaran saya akan dikurangkan oleh beliau jika saya membuangnye? owh saya rasa dia bergurau...
pendapat mak saya pula, "nanti takde la taik lalat da"...lalu saya menjawab dengan lembut tapi tension..."memang la takkan ada taik lalat tu mak kalo ila dah buang.."....tetapi selepas beberapa detik, saya terfikir, untuk apa saya buang? untuk cantik? untuk naikkan keyakinan diri? untuk ape?
saya perlu fikirkan untuk beberapa ketika lagi sebelum saya membuangnya...
sebelum saya menghabiskan coretan "saya dan taik lalat" ini, terimalah~~~~~~
muzik orchestra sekali lagi...RAHSIA TAHI LALAT!!!!!!!
1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai
2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka
4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua
7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita
8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas
11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki
12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan
13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk
14-Betis kanan= Suka berhibur, boros
15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur
16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha
18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan
20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun
21-Kening kanan = Cerdas dan cekap
22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun
23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal
24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah
25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya
26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia
27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta
28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah
29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat
30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31-Pada hidung= Banyak rezeki
32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati
33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur
34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama
35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan
36-Tumit kiri= Baik budi
37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati
38-Alis kiri= Ramai yang suka
39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat
40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun
41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh
42-Jari kaki kanan= Suka menolong
43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik
44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan
45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia
47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan
48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan
49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin
50-Pipi kanan= Ramai teman
51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka
52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman
53-Ubun-ubun= Kurang jujur
54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun
55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup
56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan
57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup
58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup
59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah
60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar
61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh
62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya
63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan
64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong
65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan
66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja
67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros
68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat
69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria
70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat
71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf
72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya
73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri
74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan
75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta
76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya
77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha
78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya
79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka
80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas
81-Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana
i think u r awesome!!..hilarious;)
ReplyDeletehi..just notice ur comment...i guess its a compliment? Tq!
DeleteSakit tak kalu hilangkn thi lalat gune nanas n limau purut tuhhhh
ReplyDeleteHai...i x penah try...and takkan try.haha
Deletemesti pedih...urgghhh
Bole tak saya tahu dekat mana awak buat mole laser tu?
ReplyDeleteapa benar sabun colek dan kapur sirih bisa menghilangkan tahi lalat?
ReplyDelete