Followers

Conversación

13 June 2010

kenapa awak x rogol saya?


Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….


Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...
CARA MENJAGA MARTABAT BF/TEMAN LELAKI ANDA..

Hahaha..apsal post aku skang banyak pasal cintan cintun nie..hehe...bukan aper...baru nie aku ader bace satu artikel chewah...artikel konon..haha..bukan artikel la..lbey kurang cam 1 bahan bacaan yang korang baca sementara tunggu turn bilik air kat umah sewa..tapi aku baca nie sebab adik aku yang tunjuk..ha...kang aku bitau aku baca katner k...sila baca tips2 di bawah untuk menjaga martabat/maruah bf anda..


Kalau dah sayang, buruk baik pakwe u all mesti pertahankan walaupon dia sering menyakitkan hati u all tapi kalau u all sayangkannya, u all kena jaga martabat diorang pasal kalau diorang diaibkan, bukan sajer bf u all yang malu, malah dengan u all pon turut malu...


  • kalau bf u all kata diorang takde duit nak bayar masa makan, jadi u all la kena bayarkan tapi duit tu u all bagi la kat bf u all untuk membayarkan..
zila's comment:
huh sekali sekala boley la kot, kalo aku, da memang tanggungjawab zali r bayar..hukhukk...no money, no date k..

  • kalau u all satu opis dengan bf u all, dan tengok dia dah berminggu2 pakai pakaian y same je, u all belikan la sepasang pakaian baru untuk dia tapi cakap je la sebagai hadiah untuknye...

zila's comment:
erm...i'll do it!!


  • Kalau bf u all tu bawak moto kapcai u all pulak bawak keta tapi masa keluar dating u all bagi la bf u all yang drive n kalau orang tanyer pon, u all cakap je tu keta bf u all..

zila's comment:
but i'll find a bf dat already have a car of course...hekhek



  • kalau bf u all tu keluar dengan perempuan lain, tanpa bitau u alldan u all pulak terserempak, tak usah lah u all bertekak kat sana. Fikir je secara +ve untuk sementara waktu dan berjumpa bf u all semula untuk selesaikan pe yang u all x puas hati..

zila's comment:
nop...aku akan terus jumper my bf that time n let him introduce me to that gurl..


  • kalau u all tengah hot sangat dengan bf u all, jangan la u all tegangkan lagi keadaan dengan keluar dengan jantan lain. duduk je kat umah diam2 nanti mesti jantan tu ingat bf u all x gentleman sampai gf dia ley keluar dengan jantan tersebut.....
zila's comment:
totally agree...



  • kalau bf u all tu seorang yang miskin dan keluarga u all lak tetapkan wang hantaran yang comfirm dier x mampu nak bagi, u all same2 la kumpul duit dan biler da cukup, korang jangan la cakap kat keluarga u all tu duit u all...tapi cakap je tu duit bf u all..

zila's comment:
huh...siannyer...tanak tipu family..huhu..


  • kalau kawan u all tunjukkan cincin yang baru bf dier bg, u all pon cakap la y bf u all da buat simpanan untuk u all dalam akaun bank u all n setiap bulan bertambah, sikit hari lagi pakwe u all pon mampu beli emas putih..

zila's comment:
hahahaha...


  • kalau bf u all pegi main futsal ke, keluar ngan kawan2 dier ke, x usah lah u all telefon tnyer dier katner n ngan saper, biler balik atau tnyer ape2 soalan remeh...percaya n yakin je kat bf u all tuh...

zila's comment:
sian zali...zila xley kalo x call biler dier kuar...hahaha...




haaa....tu je la sumer tips y aku dapat....tips ni aku dapat dari UJANG sebenarnyer..haha...tu yang sengal sikit...huhu...tapi ader gak r points yang ok sebenarnyer...
















01 June 2010




MATI CURI KABEL...

Oleh Muhammad Aifat
am@hmetro.com.my

Seorang pemuda meninggal dunia penuh azab apabila tubuhnya bukan rentung, malah terputus dua akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di sini, kelmarin.



Keadaan mayat mangsa berusia 20 tahun itu amat mengerikan dengan separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu.



Sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan ketika ditemui penduduk kira-kira jam 11 malam.

“Mayat mangsa dipercayai penagih dadah dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk tindakan lanjut,” katanya. – myMetro

hurm...baru2 ni masa aku ngah syok online dalam kul 12 tengah malam, ngah syok merenung photo2 convo member2 aku kat fb, tetber blackout n serentak ngan tu adik aku aiman 8 taon jerit "tidak!!! aiman xnampak.." haha..pastu trus nangis cam budak kecik..lorh...xtido lagi budak ni..dak sowang ni memang tdo kat bilik aku coz bilik dier xsiap lg..ngah renovate..

dicepatkn citer, esok pgnyer mak aku, datin samsiah,(dier y ckp dier datin..haha) bitau la y blackout tu bcoz of ader mat pet(drug addict) g curi cable letrik...hurm...da banyak kali da aku dngar pasal ni tp xpenah lak jd kat tempat aku..wlaupon aku duk keratong 7, muadzam but still terblackout gak masa mamat ni xberjaya nak potong cable tuh....salah potong....adeh..xpasal2 mati dalam niat mencuri..



xtau la tol ke x dier ni penagih dadah..pe y aku tau, mak aku cakap, kawan dier ckp kat kawan mak aku yang kawan dier cakap kat jiran mak yang kawan dier cakap, mamat ni da ader anak dua da pon...tp umor baru 20 tahon..hurm tol ke x, wallahualam...
siaper la kiter nak judge die..y pentingnyer skang, jadikanlah tauladan atas pe y berlaku, baru kat dunia da dibakar sampai putus 2..hurmm...